Alhamdulillah SAMPP telah berjaya mengadakan mesyuarat dan lawatan guru-guru ke Cameron Highland selama dua hari bermula 20 hingga 21 Oktober 2012. Hari pertama, guru-guru bertolak secara konvoi seawal jam 7 pagi di petronas sungai besar dan sampai di Cameron Highland jam 1 petang. Lepas zohor semua guru mula chek in di hotel yang telah ditempah. Sebelah petangnya aktiviti bebas, ada rehat dalam bilik hotel dan ada yang berjalan sekitar pasar Brinchang untuk membeli buah-buahan dan sayur sayuran. Ada juga yang membeli bunga dan pokok kaktus kerana harganya murah di Cameron.
Jam 8 malam semua guru-guru dan keluarga menikmati steamboat sebagai makan malam. Memang panas dan sedap makan steamboat hotel titiwangsa sampai ramai yang tambah. Lepas makan malam lebih kurang jam 8.45 semua guru bergerak ke bilik mesyuarat untuk memulakan agenda utama dalam lawatan ini. Mesyuarat berakhir jam 12 tengah malam. Huh letih betul semua guru malam tu.
Hari kedua semua guru dan keluarga bersarapan jam 7 pagi. Ada guru yang chek out awal pagi kerana ingin melawat banyak tempat yang menarik di tanah tinggi Cameron ini. Semua guru balik ke distinasi masing-masing pada waktu petang.
Steamboat istimewa di Hotel Titiwangsa |
Tambah lagi Cikgu Jufri |
Cikgu Fatah nak tambah jugak, |
Keluarga Cikgu Qarlena dengan Cikgu Jufri menikmati steamboat |
Cikgu Mat: Hebat Ust Khirul ni asyik tambah je. |
Tuan Pengetua mempengurusikan mesyuarat guru |
Ustaz Nasri bermesyuarat sambil bersila |
Senyum sokmo baru awet mudo |
Ustazah Aisyah: Dah chek out, tunggu masa nak shopping dengan anak-anak |
Tunggu kawan-kawan untuk konvoi ke ni? |
Hotel Titiwangsa tempat guru-guru menginap |
Ustaz Manar membeli sayur segar di Pasar Berinchang Cameron Highland |
Cikgu Jufri dengan anak-anak di Cameron Valley |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan